Lukisan Syurga



L U K I S A N S Y U R G A



Seribu malam yang lalu,
di atas kakiku pernah ada sebiji beban.
Memaksaku berjalan meniti dunia dengan berat.
Bagai sirip ikan menari di air cetek,
aku menggelepar dalam perjuangan meminta syurga.

Seribu waktu nanti,
andai aku dipanggilNya lebih dulu,
aku ingin selalu datang ke bumi setiap malam.
Bergayut di celah sayap malaikat pembawa rahmat.
Menjinjing seribu lukisan indah dari syurga,
untukmu.

  

March 3, 2014
melanKOli (6) ReliGi (3) CINTa (2) faREWell (2)